Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Maklumbalas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Text to Voice
KEMASKINI TERAKHIR
Tarikh Kemaskini
07 September 2010 06:50:28 pm
Carian
 
 
Penilaian & Pengurusan Harta
 
Objektif

Merpertingkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan pengurusan harta tanah dan penilaian melalui :

  • Mengurus semua harta tanah Perbadanan Labuan dengan cekap dan profesional.
  • Menentukan cukai kadaran dan mengemaskini senarai nilaian bagi kesemua pegangan yang dikenakan cukai dengan cekap dan profesional.
  • Memberi perkhidmatan kaunter yang mesra dan berkesan.
 
Fungsi
  • Memaju, merangsang, memudah dan mengusahakan pembangunan pelancongan, perkembangan kesenian, kebudayaan, sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti pelancongan, penyelidikan pelancongan, kajian dan latihan.
  • Menyedia dan menerbit bahan-bahan promosi pelancongan Labuan.
  • Membangun, menyelaras, menyusun dan mengemaskini laman web pelancongan Labuan.
  • Merancang dan menganjurkan pelbagai aktiviti dan program pelancongan yang boleh menarik kedatangan pelancong ke Labuan.
  • Menyelia dan mengendali peralatan, kemudahan dan peruntukan pelancongan.
  • Memperkembangkan seni muzik dan tarian yang berteraskan integrasi nasional.
  • Memajukan dan mengembangkan budaya tempatan tanpa menghilangkan keasliannya.
  • Meningkatkan produk tarikan pelancongan di Labuan.
  • Meningkatkan Kerjasama Wilayah yang berkaitan dengan pelancongan dalam kawasan BIMP-EAGE.
 
Piagam Pelanggan

Kami sentiasa mengamalkan budaya kerja cemerlang dan memberi komitmen yang tinggi dalam melaksanakan setiap tanggungjawab berikut :

  • Mengeluarkan bil-bil kadaran sebelum bulan Februari pada setiap tahun.
  • Mengeluarkan bil-bil sewaan pada hujung minggu pertama setiap bulan.
  • Mengeluarkan notis tunggakan kadaran sebelum bulan Ogos setiap bulan.
  • Menjalankan kerja-kerja penilaian ke atas pegangan baru bagi maksud kadaran dalam masa 2 minggu daripada tarikh penerimaan.
  • Memproses dokumen transaksi tanah yang diterima dengan lengkap dalam tempoh 4 hari bekerja daripada tarikh penerimaan.
  • Memberikan diskaun 5% ke atas pegangan yang berkelayakan dan dijelaskan sebelum 30 Jun.
  • Membuat tuntutan caruman membantu kadar kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan dan Negeri sebelum 30 November pada setiap tahun.
  • Menyediakan surat tawaran dan dokumen perjanjian penyewaan mengikut kadar penyewaan yang dipersetujui oleh Jawatankuasa berkaitan dalam tempoh 7 hari daripada tarikh penerimaan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan.
  • Menimbang aduan dan rayuan dalam tempoh 2 minggu daripada tarikh aduan diterima.
 
 
   
 

PERBADANAN LABUAN

Wisma Perbadanan Labuan, Jalan Merdeka,
Peti Surat 81245, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087 408600 / 408601   Faks : 087 428997
Emel : webmaster@pl.gov.my

rss

Hakcipta Terpelihara 2010 @ PERBADANAN LABUAN

PENAFIAN :Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Labuan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 &
ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768