Bahasa Melayu | English Hubungi Kami | Maklumbalas | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman Text to Voice
KEMASKINI TERAKHIR
Tarikh Kemaskini
07 September 2010 06:50:28 pm
Carian
 
 
Penasihat Undang-undang
 
Objektif

Memastikan kepentingan PL sentiasa terpelihara di sisi undang-undang di dalam melaksanakan fungsi-fungsinya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan di W.P. Labuan

 
Fungsi
  • Menggubal dan meminda Undang-Undang Kecil serta Peraturan-Peraturan bagi Wilayah Persekutuan Labuan
  • Memberi rekomendasi dan nasihat perundangan
  • Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada dan terpakai di dalam Wilayah Persekutuan Labuan
  • Mengendalikan kes-kes mahkamah yang melibatkan PL
  • Menyemak dan menyediakan dokumen-dokumen kontrak/perjanjian bagi PL
  • Membuat pemantauan dan kajian terhadap keberkesanan penguatkuasaan Undang-undang di Wilayah Persekutuan Labuan
 
Piagam Pelanggan

Bahagian Perundangan adalah komited untuk memastikan segala fungsi dan kuasa yang diletakkan ke atas PL dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna selaras dengan peruntukan undang-undang agar objektif dan matlamat PL dapat dicapai dengan jayanya

Kami berjanji akan:

  • Memberikan maklumbalas kepada semua anggota dan pekhidmat PL yang memerlukan khidmat nasihat berhubung dengan aspek-aspek perundangan tertakluk kepada ketetapan piawaian yang berikut:
    • Khidmat nasihat perundangan dalam jangka masa tidak melebihi 14 hari bekerja setelah menerima dokumen-dokumen yang lengkap
    • Kajian dan semakan dokumen-dokumen kontrak/perjanjian dalam jangkamasa tidak melebihi 30 hari bekerja bagi setiap satu kelas dokumen setelah menerima maklumat-maklumat yang lengkap
    • Menyediakan draf dokumen-dokumen kontrak/perjanjian dalam jangka masa tidak melebihi 30 hari bekerja bagi setiap satu dokumen setelah menerima maklumat - maklumat yang lengkap
    • Memproses kes-kes yang memerlukan tindakan undang-undang sivil serta mendaftarkan kes-kes tesebut ke mahkamah tertakluk kepada ketetapan piawaian yang berikut:
      • Perlantikan peguam panel (Jika diperlukan) dalam jangka masa tidak melebihi 3 hari bekerja setelah mendapat arahan dan kebenaran daripada Pengurusan PL
      • Pemberian maklumat kepada peguam panel dalam jangkamasa tidak melebihi 14 hari bekerja setelah di minta oleh peguam panel
      • Menyediakan Penyataan Tuntutan Statement of Claim atau Penyataan Pembelaan Statement of Defence (jika menggunakan khidmat Bahagian Perundangan PL dalam jangka masa tidak melebihi 30 hari bekerja sebelum saman sivil difailkan ke mahkamah
      • Melaksanakan tindakan undang-undang ke atas pihak yang melakukan kesalahan di bawah undang-undang kecil atau peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh PL tertakluk kepada ketetapan piawaian yang berikut:
        • Permohonan memulakan pendakwaan dalam jangka masa tidak melebihi 14 hari bekerja setelah menerima Fail Kertas Siasatan daripada Pegawai-pegawai Penyiasat PL untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya
        • Mendaftarkan kes ke Mahkamah Majistret/Seksyen W.P.Labuan dalam jangka masa tidak melebihi 3 hari bekerja setelah mendapat kebenaran daripada Timbalan Pendakwa Raya
        • Menyediakan dan mengeluarkan notis-notis tuntutan sivil kepada pihak-pihak yang gagal membuat pembayaran kepada PL sebagaimana yang dikehendaki dalam perjanjian-perjanjian yang ditandatangani oleh kedua pihak dalam jangkamasa tidak melebihi 7 hari bekerja setelah mendapat maklumat-maklumat yang lengkap daripada Bahagian-Bahagian yang berkaitan
        • Pendrafan Rang Undang-Undang, Undang-Undang Kecil, Peraturan-Peraturan, Perintah-Perintah
        • Menyediakan draf pertama dalam jangkamasa tidak melebihi 30 hari bekerja setelah menerima maklumat yang lengkap atau arahan atau permintaan daripada Pengurusan PL
        • Menambah baik draf Undang-Undang, Undang-Undang Kecil, Peraturan-Peraturan atau Perintah-Perintah dalam jangkamasa tidak melebihi 15 hari bekerja setelah menerima komen atau ulasan daripada Pengurusan PL, Kementerian Wilayah Persekutuan atau/dan Jabatan Peguam Negara
        • Sentiasa memberikan layanan mesra serta kerjasama yang sepenuhnya terhadap setiap aduan yang dikemukakan oleh pelanggan dalaman dan luaran berhubungkait dengan aspek-aspek perundangan
 
 
   
 

PERBADANAN LABUAN

Wisma Perbadanan Labuan, Jalan Merdeka,
Peti Surat 81245, 87022 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087 408600 / 408601   Faks : 087 428997
Emel : webmaster@pl.gov.my

rss

Hakcipta Terpelihara 2010 @ PERBADANAN LABUAN

PENAFIAN :Kerajaan Malaysia dan Perbadanan Labuan tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau
kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.

Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Sesuai dipapar menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 &
ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768